Sunday 18 October 2020

Garis Panduan Skim Komuniti GnG MBSA



*Access card system is prohibited..

*Not allowed to block any roads..

*Guards are not allowed to ask for IC... and not allowed to scan it.

*List of names (security guards) for KDN's vetting and approval to be provided; Timetable and the no of persons on duty by shifts to be provided for MBSA's record; Approval period is for 3 calendar years.

*All details of the RA (residents association) including contact details, names of committee members, approvals references, dates of approvals, security guard shifts details, MBSA ref no./dates, ref no approvals from the Land Office, must be stated on the notice board.

*Scheme approval is on a temporary basis and up to a max of 3 calendar years; Upon the expiry date, a new application must be submitted after obtaining the required consent from the residents again; A 100% consent from residents is needed for implementing any auto gate with access card system; The scheme cannot be forced upon the residents (no coercing of participation).



To those RAs that are operating in Shah Alam but are not adhering to MBSA guidelines,.. please take note of the requirements & conditions highlighted above for your reference. (Eg; why are the RAs in Selangor (especially in Setia Alam) allowed to implement card access system without the proper consent/approval? Why is it so rampant here?

Why are they allowed to operate freely without adhering to the guidelines set by the local council? (Any scheme that do not follow the MBSA guidelines are deemed illegal!) By the way these illegal schemes have caused all kinds of problems for the community and the surrounding residents! It is high time that the authorities look into this matter seriously. 

*[RAs of non-strata landed properties can only apply for Guarded Neighborhood scheme from MBSA; whereas Gated Community scheme can only be applied by the respective developer during early project plan submission].

Attached herewith the full guidelines by MBSA for your ref below:

***************

Sila semak dengan PBT Selangor samada sistem kawalan berpagar yang dilaksanakan di taman perumahan anda mempunyai kelulusan yang sah ataupun dilaksanakan secara haram? Sila pastikan Persatuan Penduduk (RA) anda mengikuti semua garis panduan dan menepati syarat ditetapkan.

Sekarang ni terdapat banyak skim kawalan perumahan yang dilaksanakan pihak RA kononnya untuk keselamatan penduduk. Tetapi kebanyakannya dilaksanakan secara haram oleh mereka yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Terdapat juga persatuan penduduk yang tidak tahu perbezaan di antara skim komuniti berpagar dan skim kejiranan berpengawal. Ade yang salah tafsir dan telah melaksanakan skim yang salah atau skim yang tidak dibenarkan. Setengah pula telah melaksanakan skim kawalan sendiri tanpa mengikuti garis panduan dan syarat ditetapkan pihak berkuasa.

Sebenarnya, pihak persatuan penduduk yang melaksanakan sistem kawalan berpagar yang tidak menepati semua syarat ditetapkan adalah "seperti parasit" ...dan bukannya penghuni yang tidak menyertai skim tersebut.

Siapa yang tak bengang ... nak balik rumah pun dihalang pihak lain. Setiap kali nak balik ke rumah sendiri pun kena berhenti dan berdaftar. Lepas tu kena beri maklumat peribadi kepada orang lain pulak. Pihak RA kena faham ... taman perumahan ini bukan miliknya.

Seperti yang dinyatakan dalam manual garis panduan, penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh dihalang memasuki kediaman mereka pada bila-bila masa. Pengawal keselamatan tidak dibenarkan menghalang kenderaan keluar/masuk ke kawasan berkenaan.

Sila pastikan pengawal keselamatan yang bertugas berlesen, serta mempunyai pakaian seragam dan lencana yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pastikan pihak bertanggungjawab menepati semua syarat ditetapkan di bawah Seksyen 3 Akta No. 27/71 - Pengambilan Pengawal. Mereka juga mestilah mendapat kelulusan tapisan keselamatan dari Polis dan lulus ujian air kencing.

Walaupun kononnya pihak RA ingin melaksanakan sistem kawalan berpagar demi "keselamatan penduduk", ini bukanlah cara yang betul dan terbukti tidak berkesan. Ia tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah keselamatan penduduk malahan ia telah menimbulkan pelbagai masalah kepada komuniti setempat dan penduduk sekitar. Adalah lebih baik kalau kita serahkan tanggung jawab keselamatan penduduk kepada pihak berkuasa.

Zaman dah berubah. Janganlah menyusahkan orang. Jangan menyusahkan orang yang terpaksa mencari rezeki bekerja sebagai pemandu e-hailing seperti 'Grab'. Sekarang ramai yang terpaksa bekerja sebagai pekerja penghantaran dan sebagainya. Memang menyusahkan dan leceh kalau mereka terpaksa membuang masa untuk mendaftar setiap kali mereka hendak menghantar barang atau menjemput pelanggan.

Anda pun akan marah kalau anda terpaksa memberi data peribadi anda semasa mendaftar masuk ke taman perumahan lain semasa menziarahi sahabat atau keluarga anda. Lagipun data peribadi anda sekarang adalah sangat sangat penting dan sulit dan tidak boleh diberi begitu sahaja. Apatah lagi kepada orang yang tak dikenali! Pak guard pun tak boleh dipercayai dan kita kena berhati-hati kalau tak nak susah nanti.

Ade banyak cara lain yang lebih baik untuk meningkatkan tahap keselamatan kita. Janganlah kita rabun dan dipengaruhi dalam perkara ini. Keselamatan keluarga kita bukanlah perkara yang remeh. Skim berpagar atau sistem kawalan berpagar yang haram tidak akan membantu kita semua meningkatkan tahap keselamatan ataupun tahap kesedaran/ keprihatinan keselamatan kita. Janganlah kita terikut-ikut dan diperdaya oleh pihak RA yang bukan pakar dalam hal keselamatan ini.

Ramai pakar perunding keselamatan yang bertauliah dan berpengalaman dari negara maju telahpun memberi pendapat mereka bahawa tanggapan "perumahan yang mempunyai sistem kawalan berpagar dan berpengawal lebih selamat" adalah TIDAK BENAR sekali.

Ia tidak menunjukkan peningkatan tahap keselamatan sesebuah taman perumahan itu oleh sebab terdapat banyak faktor-faktor yang lain. Tambah mereka, cuma S.O.P. dan tahap keselamatan yang diamalkan seperti di Penjara dan di Markas Angkatan Tentera sahajalah yang mempunyai tahap keselamatan yang cukup baik dan tidak mudah dibolosi. (Tahap keselamatan yang diamalkan seperti di penjara tidak mungkin dapat dilaksanakan di sini ataupun di mana-mana taman perumahan pun). 

Tambah lagi mereka, semua SOP mesti dipatuhi setiap masa tak kira pelawat itu saudara mara chairman persatuan penduduk atau ahli jawatankuasa RA ... kalau nak masuk mesti berdaftar setiap kali tanpa sebarang kelonggaran. (Terdapat banyak kes-kes melibatkan saudara-mara ataupun sahabat kenalan ahli-ahli jawatankuasa yang dibenarkan masuk/keluar tanpa perlu berdaftar).

So macamana? Banyak soalan dan keraguan. Kalau ade kejadian yang tidak diingini berlaku, siapa yang patut kita panggil ... pihak Polis atau pengawal keselamatan? Nak lapor kepada pihak polis atau lapor kepada chairman persatuan penduduk? Lepas tu kalau ade kecurian berlaku yang mengakibatkan kerugian besar, ade jaminan bayaran ganti rugi tak? Kalau tak ada, buat apa bayar yuran bulanan untuk sistem kawalan berpagar yang bocor di sana sini? Tak masuk akal.

Jangan biarkan otak kita "otak tak center" dalam hal ini. Kita mestilah mempunyai pemikiran kritikal. Mungkinkah sistem kawalan berpagar haram ini dilaksanakan dengan begitu giat sekali (walaupun di tanah pegangan hakmilik individu) sekadar untuk mengaut keuntungan? So, jangan terikut-ikut oke!

Kita mesti mengatasi kebuntuan atau pemikiran yang terbantut. Kita sendiri kena mengamalkan sikap keprihatinan keselamatan yang tinggi pada setiap masa.  Bukan sahaja di rumah tetapi pada bila-bila masa saja di mana anda jua berada. Walaupun berpagar dan berpengawal, banyak jenayah masih berlaku, dan kawasan G&G menjadi sasaran utama penjenayah seperti dibaca dalam suratkhabar. 

Ada orang yang membiarkan pintu besar di rumah mereka terbuka untuk masa yang lama tanpa peduli. Ada yang tak sedar pintu mereka terbuka. Ada yang lupa langsung untuk tutup dan kunci pintu semula. 

Nampaknya ramai yang tidak berwaspada atau mengendahkan langsung keselamatan mereka semasa berada di rumah. Kalau pintu dan tingkap di rumah anda dibiarkan terbuka begitu sahaja tanpa berjaga-jaga atau waspada, bagaimana kita boleh menaikkan tahap kesedaran keselamatan kita?

Sikap kita terhadap keselamatan lah yang paling penting dan kita kena berubah cara pemikiran kita. Jangan asyik teringatkan skim keselamatan berpagar sahaja - ia tidak berguna kalau sikap kita tidak berubah. 

Kuncilah pintu dan gunakan mangga. Pasang gril besi. Saling berkomunikasi dengan jiran anda dan sentiasa berwaspada kepada persekitaran anda. Tolong jenguk untuk jiran kamu kalau ada orang yang berkeliaran yang mencurigakan.

Kalau rumah anda dibekalkan dengan alat penggera, tolong aktifkan bila nak keluar. Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci dengan baik kalau nak keluar. Jangan lupa, banyak kawasan di sekitar taman perumahan yang bocor atau tidak dipagar pun. Penjenayah masih boleh masuk dengan senang. Pak guard yang ade kat pondok hanyalah untuk 'display' sahaja - kalau tidak macamana nak minta bayaran daripada penduduk? RA tak kisah sangat bocor ke tak... asal yuran mereka dibayar setiap bulan.

Gunakan semua sumber yang ada. Seperti kita kena ‘berhati-hati di jalanraya’, kita pun kena ‘berhati-hati di rumah’. Adakah anda memastikan kereta kesayangan anda ditutup semua tingkapnya dan dikunci dengan baik sebelum beredar? Samalah dengan rumah kita. Benda seperti Kunci, Mangga, Gril Besi, Alat Penggera dan CCTV di rumah anda adalah seperti ciri keselamatan 'ABS', 'Airbag', 'Tali Keledar', dan Immobilizer pada kereta anda. ("Budak jaga kereta" tak pakai oke).

Inilah nasihat yang juga diberi oleh pihak polis. Cukuplah, biar tanggungjawab keselamatan serta kepercayaan ini diserahkan kembali kepada pihak berkuasa dan bukan kepada pihak RA lagi. 

Tiada pihak RA yang berkemampuan untuk menangani masalah keselamatan di mana-mana taman perumahan pun. Jadi jangan biarkan mereka bermaharajalela kononnya untuk ‘keselamatan’.

Untuk maklumat anda, semua penghuni di setia alam rumah teres 2 tingkat sebenarnya tidak diwajibkan bayar yuran bulanan kepada RA mereka sebab kawasan perumahan di sini tidak tertakluk kepada peruntukan perundangan hakmilik strata dan tidak diwartakan sebagai komuniti berpagar!

Tetapi setengah pihak yang mempunyai agenda tersendiri telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan skim berpagar mereka melalui persatuan penduduk atas faktor keselamatan kononnya selepas tamat tempoh waranti pihak pemaju. 

Takanlah semua taman perumahan yang tidak mempunyai skim kawalan adalah tidak selamat? Keselamatan penduduk boleh juga ditingkatkan melalui skim Rukun Tetangga. Kalau kita hendak memupuk perpaduan masyarat, adalah lebih baik kalau kita menubuhkan Rukun Tetangga di sini. Sebab kalau kita nak duduk dalam komuniti berpagar yang betul, kita dah beli rumah dekat "Eco Park" atau "Eco Ardence".

Jadi, sesiapa yang rasa bayaran "yuran bulanan perlindungan" ini sia-sia sahaja dan membebankan, kini mereka tahu yang mereka tak perlu bayar lagi. Sebab ramai yang tidak tahu dan telah diperdaya. Yuran ini juga jauh lebih mahal daripada Cukai Taksiran atau Cukau Pintu yang kita bayar kepada Majlis Bandaraya kita.

Keuntungan yang diperolehi oleh RA yang beroperasi dalam fasa yang mempunyai katakanlah 300 buah rumah dengan yuran RM80 sebulan adalah dianggarkan sebanyak RM20,000 sebulan selepas tolak bayaran gaji kepada 2 orang pengawal berjumlah RM4,000 sebulan.) Dan mereka ini tidak bayar cukai 1 sen pun kepada kerajaan! Cuba fikirkan… keuntungan setahun berapa?

Terdapat juga RA yang lain seperti Persatuan Penduduk Bandar Botanic (BBRA) di Klang Selatan yang cuma mengenakan bayaran yuran bulanan RM2 untuk skim kawalan mereka. (Yuran pendaftaran satu kali adalah RM20). Namun ia gagal juga sebab tak ramai penduduk yang mahu menyokong skim sebegini.

Pihak RA tidak boleh paksa atau memberi tekanan kepada sesiapa pun untuk menyertai skim mereka. Kepada penghuni yang nak bayar juga, terpulanglah kepada mereka. Cuma, pastikan resit sah diberi untuk setiap bayaran dan akaun mereka diaudit setiap tahun.

Untuk maklumat anda, satu set canggih CCTV litar tertutup dengan 4 kamera yang boleh dihubungkan dengan telefon bimbit pintar anda cuma berharga dalam lingkungan RM500 sahaja (boleh dibeli di 'Lazada' atau 'Shopee'), iaitu jauh lebih murah, efektif dan berbaloi daripada membayar yuran kepada RA kamu sekarang. (Dengan yuran hampir RM1,000 setahun, bermakna kamu terpaksa bayar RM10,000 untuk tempoh 10 tahun - adoi sakitnya!)

Semua rumah teres 2-tingkat yang dibangunkan di Setia Alam kecuali Setia Eco Park dan Eco Ardence adalah jenis "hakmilik individu" dan bukannya hakmilik strata. Jadi mengapa semua RA di sini nak jadikan seluruh kawasan perumahan di sini seperti hartanah berhakmilik strata? Mungkinkah ade udang di sebalik batu?

Kalau suka sangat tinggal di hartanah berhakmilik strata, pindah sajalah ke komuniti berpagar 'GnG' yang diwartakan seperti 'Eco Ardence' atau 'Eco Park'. Kalau sesiapa yang rasa tidak selamat duduk di sini tanpa skim komuniti berpagar, sila pindah ke taman perumahan GnG yang diwartakan seperti 'Eco Park' atau 'Eco Ardence'. 

Dan jikalau tak mampu tinggal di taman perumahan ekslusif berpagar sah 'GnG', tolong jangan cuba melaksanakannya di sini. (Kalau kita sekadar mampu kereta biasa, jangan kita berlagak macam kereta mewah McLaren).

Kepada 'Datuk-Datuk' ataupun 'Tan Sri-Tan Sri' yang tidak selesa duduk di sini tanpa  skim berpagar (yang inginkan skim berpagar) yang takut duit, harta dan jongkong emas mereka dicuri, tolonglah pindah ke sana dan jangan menyusahkan orang lain! Bukan semua orang yang duduk di sini kaya seperti kamu!

Jangan kamu cuba tukarkan status tanah kita kepada hakmilik strata. Cuma penghuni yang tinggal di hartanah berhakmilik strata tiada pilihan selain daripada membayar yuran bulanan yang diwajibkan seperti dalam peruntukan perundangan akta strata. Sekarang ialah zaman untuk merendahkan kos sara hidup dan bukan sebaliknya.

Skim komuniti berpagar (gated community) atau secara ringkas 'GC' sebenarnya tidak dibenarkan di pembangunan berhakmilik individu. Skim komuniti berpagar hanya dibenarkan di pembangunan tanah berhakmilik strata sahaja.

Untuk taman perumahan berstatus hakmilik individu (seperti di Setia Alam), hanya skim komuniti berpengawal (guarded neighbourhood) atau secara ringkas 'GN' dibenarkan selepas mendapatkan kelulusan daripada semua pihak PBT (termasuk daripada ketua polis daerah PDRM, MBSA dan lain-lain lagi).

Ini bermaksud skim komuniti berpagar yang dilaksanakan di sini tidak sah dan tidak dibenarkan. Justeru itu semua skim komuniti berpagar di seluruh Setia Alam (samada menggunakan kad akses automatik ataupun tidak) adalah salah di sisi undang-undang.

Penggunaan kad akses automatik adalah dilarang sama sekali di sini kecuali mendapat 100% persetujuan penduduk. (Tandatangan persetujuan penduduk 100% yang diperlukan hanya boleh dicapai di pembangunan baru komuniti berpagar yang berhakmilik strata sahaja, melalui Surat Akujanji di antara pemaju dan penduduk semasa pembelian hartanah.)

Jikalau persatuan penduduk RA di sini ingin juga melaksanakan skim komuniti berpagar dengan penggunaan kad akses automatik, maka mereka hendaklah memohon untuk menukarkan status hakmilik tanah kita daripada jenis individu kepada hakmilik strata.

Ini bermaksud jikalau status tanah kita sudah bertukar kepada jenis hakmilik strata, semua kemudahan dan kerja penyelenggaraan (seperti kutipan sampah, penyelenggaran jalan-jalan, longkang-longkang, lampu jalanan dan kerja-kerja landscaping seperti potong rumput dan sebagainya) tidak akan lagi diuruskan oleh MBSA.

Tanggungjawab ini akan dilepaskan oleh MBSA kepada persatuan penduduk RA untuk diuruskan secara persendirian. Semua penduduk tidak akan menikmati kemudahan ini lagi dan terpaksa membayar untuk menguruskan secara persendirian.

[Syarat ketat yang ditetapkan oleh semua pihak majlis perbandaran di Selangor ialah untuk melindungi dan menjaga hak semua penghuni. Ia juga perlu bagi mencegah kegiatan yang tidak sihat seperti pihak-pihak tertentu atau sindiket yang cuba mengambil kesempatan untuk melaksanakan skim-skim GnG haram mereka. Kita semua mestilah menghormati majlis perbandaran kita.]

Di dalam manual garis panduan komuniti berpagar dan komuniti berpengawal, banyak syarat, peraturan dan keperluan telahpun dijelaskan dengan terperinci. Namun demikian hampir kesemua pihak RA di sini masih berdegil melaksanakannya juga walaupun tidak mendapat cukup sokongan penduduk dan tidak dapat memenuhi syarat-syarat ditetapkan. Mereka tetap beroperasi tanpa menghiraukan syarat dan garis panduan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kad akses automatik masih digunakan walaupun dilarang sama sekali. Kenderaan dan penduduk juga dihalang keluar/masuk ke kediaman mereka. Setengah pengawal keselamatan yang bertugas tidak mempunyai baju seragam, lencana dan kad pengenalan pengawal keselamatan (KPPK). Nampaknya pengawal keselamatan yang dibekalkan syarikat kawalan keselamatan tidak berdaftar dengan KDN dan tidak memenuhi syarat-syarat lesen di bawah Seksyen 3 Akta No. 27/71 serta Syarat/ Peraturan Pengendalian & Pengurusan Agensi Persendirian di bawah Akta Ejensi Persendirian 1971.

Sebenarnya setengah pihak RA ini mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Masalah akan timbul sekiranya segelintir penduduk yang mempunyai agenda tersendiri ini ingin menubuhkan RA dengan niat mengaut keuntungan kalau dibiarkan. Ini adalah kerana ramai penduduk di sini yang kurang faham/fasih tentang hal-hal sedemikian, dan mudah diperdaya dan diambil kesempatan.

Ini merupakan satu bentuk scam kerana ia cukup mudah untuk mereka menjanakan kekayaan atas nama keselamatan penduduk dengan cara membekalkan pengawal keselamatan persendirian mereka. Terdapat juga laporan-laporan akhbar yang menyatakan bahawa sesetengah pihak RA disyaki didalangi dan dipengaruhi oleh sindiket-sindiket tertentu untuk melaksanakan skim GnG mereka.

Terdapat banyak persoalan yang timbul mengenai operasi skim komuniti berpagar RA di sini sebab banyak peruntukan akta, perundangan dan garis panduan tidak diikuti sama sekali. Malahan ia melanggari banyak undang-undang sediada, garis panduan ataupun syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti MBSA, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan JPBD KPKT.

Walaupun seluruh kawasan perumahan di sini bukan jenis hakmilik strata, tapi skim komuniti berpagar ini masih berleluasa dan ia telah dilaksanakan dengan begitu giat sekali oleh RA tanpa mengendahkan pihak berkuasa tempatan PBT dan undang-undang.

Mereka juga berjaya memperdayakan penghuni untuk menyertai skim haram mereka. Ada juga penduduk yang disusahkan oleh pengawal kerana tidak mempunyai kad akses. Ini ialah cara mereka beroperasi walaupun pihak PBT telah memberi garis panduan dan amaran bahawa skim ini tidak boleh ada sebarang unsur paksaan ataupun tekanan.

Persatuan Penduduk (RA) yang tidak mengamalkan pematuhan kepada undang-undang ('compliance of law') adalah tidak bertanggungjawab dan semua penghuni di BBR tidak patut memberi sokongan kepada mereka lagi. 

Semakin ramai penghuni kini sedar bahawa skim-skim berpagar atau berpengawal (di taman-taman perumahan bukan berhakmilik strata) ini sekadar skim untuk mengaut keuntungan sahaja, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Tolonglah, selagi penghuni di sini sanggup membayar dan menyokong skim ini, pihak MBSA tidak akan dapat bertindak. Asalkan penghuni tidak membuat aduan, pihak MBSA akan membiarkan sahaja. Tetapi masanya sudah tiba untuk kita bangkit dan tidak lagi menyokong operasi RA di kawasan kita.

Skim komuniti berpagar semakin tidak mendapat sambutan sebab ia adalah satu bentuk 'liabiliti' kepada pemilik rumah. Nilai hartanah skim berpagar semakin menurun sebab susah hendak dijual sejak kebelakangan ini dan semakin kurang permintaannya. 

Ekonomi pada masa kini kurang baik. Harga rumah masih tinggi dan ramai masih tidak mampu beli walaupun harga hartanah sedang jatuh. Lagipun, zaman dah berubah. Kini ramai yang menjual rumah "gated & guarded" mereka (seperti di 'Eco Park') dan berpindah ke taman perumahan yang tidak mempunyai skim komuniti berpagar untuk membantu merendahkan kos sara hidup mereka.

Ada juga diantara mereka yang jual rumah "GnG" mereka di bandar dan "balik kampung" untuk bersara di desa demi kos sara hidup yang lebih rendah. Ada juga pesara yang menjual rumah mereka di komuniti berpagar (di Eco Park) untuk membantu anak-anak mereka dengan wang pendahuluan untuk memiliki rumah masing-masing, dan pada masa yang sama bersara dan mengurangkan kos sara hidup.

Kewujudan skim GC dan skim GN boleh memberi implikasi negatif kepada pengasingan kelompok masyarakat dan pemupukan interaksi sosial penduduk khususnya di antara penghuni yang tinggal di kawasan berpagar dengan penghuni yang tinggal di kawasan kediaman biasa. Pada masa yang sama, ia juga mengasingkan kelompok penghuni yang tinggal di satu taman perumahan berpagar dengan taman-taman perumahan berpagar yang bersebelahan dan berdekatan.

Perpaduan masyarakat akan terjejas jikalau skim-skim ini dibenarkan terus berleluasa. Sekiranya semua orang dibenarkan mengambil tindakan sesuka hati untuk melaksanakan skim berpagar yang tidak menepati syarat ditetapkan, perpaduan negara dan semangat "1Malaysia" boleh dilupakan sahaja. 

Sekian, terimakasih.

GC vs GN scheme

Popular Posts